|
AMMAN
JORDAN: 19 Okt. - Raja
Abdullah II bagi Jordan kelmarin memberi amaran kepada
Israel akan 'akibat yang mencelakakan' jika ia bertindak
melampaui 'garis merah' berhubung Baitulmakdis.
Beliau
memberi amaran itu ketika berunding dengan Perdana
Menteri Sepanyol, Encik Jose Luis Rodriguez Zapatero.
'Baitulmakdis
adalah satu garis merah. Sebarang manipulasi dalam
bandar ini akan membawa akibat buruk terhadap
keselamatan dan kemantapan rantau ini,' tegas beliau,
yang ditukil satu kenyataan istana.
Raja
Abdullah menggesa masayarakat antarabangsa, terutamanya
Kesatuan Eropah (EU) agar 'bertindak tegas terhadap
sebarang langkah Israel hendak mengubah identiti bandar
suci Baitulmakdis dan tempat ibadat di sana.
Raja
Abdullah memberi amaran bahawa Baitulmakdis Timur yang
ditawan Israel pada Perang Timur Tengah 1967 merupakan
satu 'garis merah'.
'Jika
ia dilanggar, itu akan membawa akibat buruk bagi
keselamatan dan kemantapan rantau ini, sekali gus
menjejas usaha hendak mencapai perdamaian yang
berkekalan,' tegas Raja Abdullah.
Langkah Israel merampas Baitulmakdis Timur tidak
diiktiraf masayarakat antarabangsa.
Namun
Israel menganggap seluruh Baitulmakdis sebagai 'ibu
negaranya yang berkekalan.
Pemimpin Palestin pula mahu menjadikan Baitulmakdis
Timur sebagai ibu kota sebuah negara Palestin yang
merdeka.Langkah Israel membina
petempatan Yahudi di Baitulmakdis Timur mencetus
kemarahan Palestin.
Mereka menuduh pihak perbandaran yang dikuasai Israel
tidak memberi mereka permit untuk membina rumah baru
atau meluaskan rumah yang sedia ada.
Raja
Abdullah memuji EU kerana sokongan mereka terhadap
huraian dua negara bagi m.enamatkan
konflik Israel-Palestin.
Beliau berkata Jordan berharap dapat 'bekerjasama rapat
dengan Sepanyol bagi mencapai matlamat itu apabila ia
mengambil alih jawatan sebagai presiden EU pada Januari
tahun depan.
Encik
Zapatero Khamis lalu menggesa Israel agar membekukan
pembinaan petempatan Yahudi di Tebing Barat dan melancar
semula proses damai Timur Tengah.
'Pembekuan dan pemberhentian pembinaan merupakan isu
yang asas. Meskipun menghadapi kesukaran, kami mahu
melihat ia berlaku, supaya kami boleh teruskan
rundingan,' tegas Encik Zapatero. -- Agensi |